CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

kawan-kawan-kawan

Thursday, August 11, 2011

ok,cerita FB lagi.

jika ada diantara kalian yang berfikir bahawasanya wall FB aku tu, merupakan wall iklan. kalian salah sama sekali! aku tak create account FB untuk berniaga, aku jugak tak create account FB utk join MLM. haaaaih! kalau nak berkongsi cerita ke, lagu ke video ke,saungguh! aku tak ada hal.tapi jangan la tag aku dengan benda-benda mengarut. kalau bab MLM, takat tag aku dengan slip account bank, sungguh aku tak heran.kalau nak tengok aku bertindak, apa salahnya kau bank in kan aku separuh duit yang kau dapat tu. ha! that time, aku takkan maki kau da if nak tag aku dgn slip account bank kau. kehkehkehkeh! korang jgn risau la, kalau aku nak join korang, aku sendiri akan cari korang.okies? tak payah dah la nak tag-tag aku bagai. =) & 1 lagi, sungguh aku cakap, aku tak pernah terniat nak create account FB untuk cari jodoh. kehkehkeh. so, simpan je la angan-angan korang yang mana pakat nak kenalkan aku dgn kawan masing-masing tu. wooooo! aku memang tak berminat lansung. *aku boleh cari sendiri.apa igt aku tak laku sangat ke? kehkehkeh.


ok, next story.
oiii! nak berebut boyfriend berebut luar la! berebut dalam FB. haih! apa dapat? suka sangat public taw cerita korang ke? apa lah salahnya, jumpa depan-depan. then bincang elok-elok. yang nak main sindir menyindir dekat FB,bukan untung apa pown. ni tak, kalau terserempak, bukan nak berbincang, main jeling-jeling je. heh! kenapa, tak berani ke apa? ayooo! tak payah la nak bagitaw semua org yang kau berdua tengah dlm crisis. cuba tgk pada insan yang kauorg dok berebut sgt tu, dia relax je. siap boleh keluar lepak dgn kawan-kawan,main futsal, hisap rokok. kauorg? serabut-serabut kepala, study entah kemana.tak untung lansung ok. mesti beliau dah rasa yang beliau tu hot stuff. ohh! *kalah k-pop. eh? =p tak payah la berebut-berebut boyfriend ni. *malu. ramai lagi lelaki lain kat luar tu. tunggu je la, jodoh korang sampai. tak payah la nak merendahkan maruah depan public. aku yang naik segan. okies? =)




ok, aku berfikir jugak selama ni...
mana yang lagi teruk, antara menggunakan ejaan 'geli-geli' dgn mencarut. boleh tlg
bg aku jawapan? *ok,jom aku create 1 situation untuk korang faham maksud aku.

ain : kitew nark mamam mcd larh ariew niew. shape nark teman kitew? *(ejaan geli-geli)
aina : *&^*&^7 kau! guna ayat mcm ^&%$)(*)#$@#@.kau pergi sekolah ke tak ha
%^$^$%#@##@? *(mencarut)

ok,boleh bgtaw aku, sapa yang tak pergi sekolah sekarang ni? kehkehkeh! sori la, aku bukan niat nak membahan sesiapa sekarang ni. tapi, next time,tolong tgk diri sendiri dulu,baru la teruskan niat kau nak maki org tgh public. aku mengaku, aku geli kalau baca status,comment yang guna ejaan 'geli-geli' ni. tapi, kata pergi sekolah, tegur la elok-elok.ni nak maki-maki, haaaaih! kau pown serupa je la, tak pergi sekolah aku rasa. niceeeeee ah? =)



ok,memandangkan sekarang bulan puasa, aku tengok ramai gadis-gadis terutamanya yang dah tukar DP diaorg. waaaaah! dah pakai tudung, tutup aurat! haaaa, kan chantek macam tu. =) kalau boleh, jangan la sebab hormat bulan Ramadhan je buat macam tu, teruskan la sampai bila-bila. sungguh, bila aku cakap kau chantek, maksudnya kau memang chantek. set-set lelaki pown boleh tahan. banyak aku tgk DP masing-masing sekarang pakai baju melayu.kehkehkeh. aku confuse jgk kadang-kadang, diaorg ni kawan-kawan aku ke penyimpan mohor besar? kehkehkeh! *tara
k hal la tu, tapi,slow-slow berubah. aku dgr cerita ada yang ckp, nak berub
ah kena ikhlas,tak boleh kena paksa.bila buat kerja tak ikhlas, pahala tak dapat,dosa yang dapat. =)
*tak tutup aurat tu dapat pahala ke? *ok-ok, aku da try elak tak nak mengeluarkan ayat sarkastik aku,tapi terlepas pulak tang hujung-hujung ni.kehkehkeh!


sooo! selamat menunaikan ibadah puasa dengan baik dan sempurna. kita sama-sama berkongsi hidup di bumi Allah swt, so tak salah kalau kita sama-sama berkongsi cerita & ilmu. =)
Salam Ramadhan.