CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

kawan-kawan-kawan

Sunday, December 19, 2010

"Lang,Mama nangis lagi."

Assalamualaikum..
Dah dkt 2 bulan Lang pergi kan? hope Lang bahagia & tenang kat sana.
Tadi mama, abah ngan adik dtg rumah (Pekan). Org terkejut jgk tgk diaorg ada dpn rumah.
Abah ada seminar dkt UIA Kuantan. So bila dah settle seminar, abah saja dtg jln kt rumah. Esok diaorg balik kedah semula.Lang, mama dgn abah dah pindah rumah tau. Dkt Sg Petani jugak la. Mama pun dpt mengajar dkt sekolah baru, SMK Tasik Apong. Lama jugak mama, abah dgn adik kt rumah. Puas jugak la bersembang. Tapi adik asyik tidur je. Cuba teka dia tidur kt mana? Erm..dia tidur kt kerusi y selalu Lang tidur. Bila mama ajak dia keluar, dia buat tak dengar je. Then buat buat tidur balik. Bila abah dah start kereta pun, dia still tak bergerak. That time, rumah sunyi sgt. Dgr bunyi hujan ja. Mama dgn mak dah start menangis.Org perhati dr dpr je. Tak nak pegi dekat,sbb risau. Tapi bila tgk, mama da menangis kt bahu mak, org pun pergi lah kt depan. Org pergi kt adik. Adik buat buat tidur, tp org tau dia tengah menangis jugak. Org pegang bahu dia, bila adik pandang org, dia terus peluk org. Org taw dia tgh sedih.semua org sedih. Kuat sgt dia pelok org, Lang. Dia tak ckp apa apa pun. Lama dia peluk org. Then dia cakap, "adik bau Alang". haih!! that time, semua org nangis. Mama dah tak boleh buat apa apa dah. Abah yang tolong tenangkan mama.
Lang, org taw, adik rindukan Lang. Act, semua org rindukan Lang. Org pown rindu Lang sgt sgt. Tuhan je tau Lang. Bila adik dah tak peluk org, adik nak sambung tidur balik. Tp abah cepat cepat angkat adik, masuk dalam kereta. Erm,org tau adik rindukan Lang, org masuk dlm bilik, then org ambik tshirt biru Lang, org bg kt adik. Maybe tu boleh buat dia lepas rindu kt Lang,kan? =) tak apalah,org still simpan topi Lang.hee~
Erm,mama ada bg org 1 beg kertas td. Mama suruh simpan.
Org pun ambik jelah, org tak tanya apa apa pun. Lps mama balik td, br org bukak beg tu. Ada kotak & dalam kotak tu ada hp Lang. Org tau, Lang syg sgt hp tu kan, tp skrg dah jadi hak milik org dah. Erm, tp dah calar sikit la hp tu, sbb jatuh skali ngan Lang dulu. Nasib baik kwn Lang sempat ambik hp tu. Err,org baca semua benda dlm hp tu. Org baca message. =.= last message kt inbox Lang, message dr org. Lang tak sempat reply pun message org tu kan. *tak pa,org tak dendam dgn Lang pun. Kami kt sini semua syg Lang,tp Allah swt lebih sygkn Lang kan, sbb tu Dia jemput Lang cepat. Lang, kwn2 kt sini semua rindu Lang. Selalu jugak org terdengar diaorg ckp sal Lang, tp bukan dpn org la. Nak tau cerita terbaru psl Daniel? Dia dah balik ke Malaysia dah skrg.InsyaAllah, awl thn, tahun dpn kitaorg pegi ziarah Lang ye. Sbb,kitaorg plan nk balik kg awl thn, tahun dpn.=)
erm Lang,tiap2 minggu,org akan dpt 1 message dr someone. Org pnh tanya dia siapa, tp dia tak reply. Dia selalu ckp yang

: "akmal syg kau"
: "akmal syg kau lebih dr kau syg dia"
: " sampaikan slm aku,if kau jumpa akmal mlm ni"

*tapi,org rs org taw siapa y hantar message tu. hee~

erm Lang, next time org sambung cerita ok? salam~
al-fatihah

Thursday, December 16, 2010

waah!! 10 Muharram!!

assalamualaikum..

tarikh hari ini 10 Muharram 1432 hijrah.
Alhamdulliah. Aku dibagi kesempatan utk terus hidup di atas muka bumi ini dgn keluarga, kawan kawan dan saudara umat Islam.memandangkan hari ini 10 Muharram, so aku nak share sikit info yang aku dpt ni dgn korang. Ye lah,nak jugak aku dpt pahala b'kongsi ilmu dgn korang. Bukan sekadar baca kosong je kan? =)
mood : suci
so,ni antara kelebihan kita b'puasa pd 10 Muharram.


  1. Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat , malam 10 Muharam , malam nisfu Syaaban , malam Aidilfitri dan malam Aidiladha . . (riwayat Bukhari dan muslim)
  2. Rasulullah s.a.w telah ditanya mengenai puasa pada hari asyura . Baginda menjawab: " Akan digantikan kejahatan-kejahatan pada tahun yang sebelumnya dengan kebaikan (dengan sebab puasanya itu) . (riwayat muslim)
  3. Apabila nabi s.a.w berhijrah ke Madinah , baginda melihat orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura . Rasulullah s.a.w bertanya: "berpuasa apakah kamu ini?" orang-orang yahudi itupun menjawab : "hari ini hari besar . pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya,maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah pada hari ini.maka kami pun berpuasa."
    nabi menjawab; "kamilah yang lebih berhak mengikut jejak langkah Nabi Musa daripada kamu." lalu rasulullah s.a.w berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya agar berpuasa pada hari itu.(riwayat muslim)
  4. Para sahabat telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai hal tersebut: "ya Rasulullah adakah Allah telah melebihkan hari asyura daripada hari-hari lain?"jawab baginda: "memang benar hari asyura (10 muharam) Allah telah menjadikan langit dan bumi,bukit bukau,laut,syurga dan neraka ,Nabi Adam dan Hawa,Nabi Adam masuk ke syurga,Nabi Ibrahim dilahirkan,Nabi Ibrahim terselamat dari kepanasan api,peristiwa firaun telah ditenggelamkan oleh Allah s.w.t,allah telah menyembuhkan penyakit Nabi Ayub,taubat Nabi Adam dan Nabi Daud diterima oleh Allah a.w.t,allah telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman dan terjadinya Kiamat pada hari jumaat 10 Muharam.berpuasa pada hari asyura sebaiknya didahului dengan berpuasa pada hari tasu'a (hari kesembilan dari bulan muharam) agar tidak menyerupai dengan amalan orang yahudi yang hanya berpuasa pada hari asyura sahaja.sabda Rasulullha s.a.w :berpuasalah kamu pada hari kesembilan dan kesepuluh (Muharam) ,dan jangan meniru cara-cara yahudi ." (riwayat al-Baihaqi)
  5. Satu amalan sunat yang dilakukan pada hari asyura ialah menggembirakan keluarga atau saudara mara terdekat,misalnya kita menyediakan makanan dan minuman yang lebih sedap daripada biasanya.sabda Rasulullah s.a.w : "sesiapa yang melapangkan (menggembirakan) keluarganya pada hari asyura,maka Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun itu." (riwayat at-tabrani dan al-Baihaqi)


* bagi sesiapa yang lupa /tak b'puasa hari semalam (9 Muharram) korang boleh tambah lg 1 hari puasa (11 Muharram) ni utk membezakan umat Islam dgn yahudi.

Subahanallah~ byk sgt ganjaran yang kita dpt dr puasa Asyura ni. =) moga kita semua peroleh pahala yang melimpah, dr amalan kita. InsyaAllah. =)