CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

kawan-kawan-kawan

Thursday, May 5, 2011

cerita surau.

Assalamualaikum….
Kau sihat? Aku kat sini sihat, Alhamdulillah. Keluarga aku sihat. Keluarga kau pun sihat,macam biasa. Ehem, ada orang tu dapat anak buah baru. Heheh. Kak Long kau dah bersalin tau semalam. Mak kau yang bagitahu aku. Bertambah besar lah keluarga kau kan..Erm ha, aku lupa nak bagitahu kau, Shahrul masuk hospital minggu lepas. Terpijak paku masa balik dari surau. Kau tahu jelah kan, jalan belakang surau tu bukan bersih sangat, gelap pun gelap. Tapi lepas kes tu, orang-orang kampung dah bersihkan dah kawasan surau tu.
Kau ingat lagi zaman kita kecil-kecil dulu? Hari-hari kita main di padang surau tu kan. Lepas je habis kelas mengaji Al-Quran, berlari kita ramai-ramai atas padang tu. Main tuju kasut. Haha,aku lah yang paling tak hebat sekali.Tapi, aku lah yang selalu mati akhir sekali. Tu semua sebab orang kesian nak matikan aku. Kau ingat tak kes kita tersilap curi selipar jepun Ustaz Ramli? .nak main punya pasal kan, bedal jelah selipar siapa pon yang ada kat surau tu.Nasib baik tak kena pelangkung dengan ustaz. Kita selalu jugak main lompat katak dalam surau kan..bangang sungguh kita masa tu. Masa tu karpet surau petak-petak warna hijau dengan kuning kan? Sekarang dah tukar dah, warna biru dengan kuning. Semangat jugak aku nak main lompat katak atas karpet baru, tapi kau tak ada, jadi aku simpan jelah angan- angan tu. 
Kita selalu jugak mengintai Ayu kan dulu. Eh, bukan kita,kau je. Pantang nampak Ayu masuk tandas, nak ambil wudhu, berlari kau intai dia.kan? Bukan main kau puji rambut dia hitam,lurus,panjang. Padahal sama je dengan rambut aku. Tapi kau tak pernah pulak puji rambut aku. Orang dah suka kan,semua puji.  Surau dah banyak berubah dah sekarang. Makin besar, makin cantik. Yelah dah berapa tahun dah kan. Last aku pergi surau pon dua tahun yang lepas. Erm, kau pulak, dah masuk empat tahun kan. Banyak nostalgia kita dekat surau. Dari kecil, sampailah ke hari kau tinggalkan aku. Lepas kau kemalangan dulu, aku dah jarang dapat peluang pergi surau. Kadang-kadang kalau aku balik kampung je aku pergi.
Eh ha, dua hari lagi aku nak balik kampung. Ayu nak bertunang Sabtu ni, dengan Zairul. Aku jd wakil kau ok? Erm, kau ok kan? Kau doakan je lah kebahagiaan diaorang ok? Aku tahu kau sayang sangat dengan Ayu.Tapi, dah tak ada jodoh kan. Ayu selalu jugak jenguk kau, kadang-kadang dia pergi seorang, kadang-kadang Zairul teman dia. Aku je yang jarang jenguk kau, tak apa, aku balik kampung kali ni, aku jenguk kau ok? Owh ha,aku dengar cerita, malam majlis pertunangan tu nanti, Ayu nak buat tahlil untuk kau, di surau. Dapat lah nanti berkumpul di surau, macam dulu-dulu. Erm,ok lah, aku berhenti kat sini dulu lah ya, aku dah nak tidur sebenarnya ni. InsyaAllah, nanti aku ziarah kau ok.
Salam
Al Fatihah
Kawan kau,
Fadzilah Azizan
**merupakan entry umtuk zine 1 malam

Friday, April 29, 2011

aku bukan pembunuh! =.='


ok.dari siang tadi aku mencari info untuk update blog ni, tapi tak dapat-dapat. & now, baru la aku dapat idea utk update blog ni. at last!! heh...ini pown kebetulan jadi incident ni. ok, aku tengah on9..sambil tgk tv. tiba-tiba aku nampak seeokor lipas dah merayap atas lantai rumah aku ni.OK AKU TAK KAN KACAU DIA,IF DIA TAK KACAU AKU. aku ni bukan lah yang jenis takut ke geli ke hapa dgn serangga-serangga ni. tapi bukan la maksud aku akan biar je lipas tu merayap atas aku kan? so,sebelum lipas tu merayap atas badan aku, better la aku settlekan dia. haha! mula-mula tadi,aku buat tak nampak je akan kewujudan
lipas tu, tapi dia dengan bangga nak main dekat aku pulak..heh! aku pown tolak la lipas tu guna remote control kipas..tak de niat nak cederakan dia pown. sumpah! lps tu,aku tengok,lipas tu terpelanting jaoh sikit dari aku.ok,TAK MATI. erm,,tapi time tu aku nampak badan dia tengah terbalik. & agak lama dia berkeadaan macam tu.*sampai sekarang. err,lipas memang tak boleh betulkan keadaan dia semula ke if badan die terbalik? ermm...so,aku pown menggogle la, nak cari info pasal lipas punya pasal..tp aku tak jumpa jawapan untuk persoalan aku tu, cuma aku dapat la sikit fakta mengenai lipas...



  1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila..erk?
  2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow.hebat!
  3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus. ok,mustahil dia mati setakat kena tempeleng dgn remote control kipas td.
  4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup.try pos ke jepun.
  5. Lipas mempunyai darah berwarna putih. gang mahsuri?
  6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya. ooowh ek?
  7. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram..ok.ni aku br taw.
  8. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia. sedap ke?
  9. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina. makk aih!
  10. Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya.errr,,ok.
  11. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.aku boleh tangkap lipas tu,sekarang. ^^
  12. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani.macammana ek?
  13. Lipas ada gigi di dalam perutnya. motif??
  14. Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu.oooooh!
  15. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat.aku mampu kelip mata 1x je dlm 1 saat. =.='
  16. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula. yg patah tumbuh, y hilang b'ganti.
  17. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung. aku belajar science time skola rendah dulu.
  18. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho . woooooh!
  19. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam. owwwwoh!
  20. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa haha. macam aku!! hahah!
so ini la sedikit sebanyak fakta mengenai lipas.jgn la bunuh serangga, if tak memudaratkan. sama kita kongsi hidup kat bumi Allah swt. =)

*info fakta dari cisdel.com

Friday, February 18, 2011

sudah2lah merungutnya.


assalamualaikum...............................
wah,lama sungguh aku tak mengHupdate blog neh.almaklomlah busy sikit [banyak] dengan study. aku rasa amat bangga if aku dapat call some1,then borak2. hahah! mmg tak sempatlah kan..yang aku sempat,call lecturer, tanya kelas cancel or tak.. & call budak kelas aku, tanya kelas kat mana. hahah! teramatlah letih. tak perlulah aku explain lebih2 rasanya,sbb macam tak penting je.



hahah! ok,hari ini aku nak story pasal 'merungut'! fahamlah maksud aku kat sini. M.E.R.U.N.G.U.T. bukan lah meragut mahupun sesungut. aku tak nafikan manusia sangatlah suka merungut. hal kecik pown nak merungut. macam lah diri tu putera/ri raja,segala benda nak kena perfect.sikit agaklah kalau ye pown. owh! bukanlah aku nak cakap yang aku tak pernah merungut,kau gila? hahaha..aku pown pernah merungut. tp,berpada-padalah. kau,kalau setakat jalan selang 5-6 buah kereta kau nak bising,mmg layak guna wheelchair lah. tak cukup tidur sbb keluar lepak sampai pagi buta,kau nak buat muka tension. kau mmg mintak penampar. pergi shopping complex, kau merungut kena beratur panjang time nak membayar, nnt suruh family kau bukak shopping complex sendiri.merungut makanan tak sedap,dah kau bayar duit tak sampai rm10, demand nak mkn mcm di 5 star hotel knp? merungut assignment banyak. sekarang ni,kau student ke pekerja cafe? merungut kereta banyak,jam. dah tu,naik lah kapal terbang.kena duduk bawah panas sikit dah bising, laa,kalau tak nak duduk bawah matahari pergi lah kerja di KFC,McD dan sebagainya. kena kerja overtime sekali dua,kau dah bising.adatlah kalau kerja bawah org.kerja jaga beruang pown kadang2 kena overtime.line internet macam siput,kau nak merungut. dah tu,tiup la laju2,biar connection pown laju jugak.
aiseh...tak faham sungguh aku kadang-kadang tu. Kita ni,merungut pada perkara yang tak patut merungut. cuba la dalam sehari tu, kita terima je apa yang jadi.tanpa merugut. orang sekeliling kita pown tak kan tension dengan kita. ingatlah,kita ni bukan sentiasa senang, kalau benda kecik pown kita dah nak merungut, nanti kalau dapat ujian yang lagi 'dasyat gile le' ha,kan dah susah. pernah fikir pasal org susah? dieorg kalau ada kat tempat kita,bersyukur sangat dah. kita je yang kurang nak rasa bersyukur ni. cubalah kita sama-sama bayangkan..

kita duduk dalam satu rumah batu yang kecik,adik beradik ramai.tak cukup bilik,so kena tidur di ruang tamu. kipas pulak tak cukup.rumah batu,bila malam,agak panas.time tu,kita nak merungut ke? kononnya panas,ruang untuk tidur sempit,tak ada katil..?? tu belum masuk bab keperluan.baju dah dekat setahun tak beli.duit belanja sehari rm1 je.[kadang2 tak dapat lansung].pergi sekolah/kolej/ jalan kaki,kawan2 lain naik kereta motor..handphone canggih2,kita cuma guna nokia 3310.

korang rasa,that time..kita sempat ke nak merungut? or...sampai ke hati kita nak merungut? aku tak rasa kita sanggup nak merungut kat mak ayah kita pasal perkara tu. kan? so..apalah salahnya kalau start dari hari ni,kita try berubah..slow2. tak payah lah nak merungut2 sangat ni. nak merungut depan2 orang ramai. tak naiknye taraf kau. tak adanya org nak respect kau anak raja ke apa. ok?
so,aku tegur,bukan untuk korang je..tp untuk kita. =)

Sunday, December 19, 2010

"Lang,Mama nangis lagi."

Assalamualaikum..
Dah dkt 2 bulan Lang pergi kan? hope Lang bahagia & tenang kat sana.
Tadi mama, abah ngan adik dtg rumah (Pekan). Org terkejut jgk tgk diaorg ada dpn rumah.
Abah ada seminar dkt UIA Kuantan. So bila dah settle seminar, abah saja dtg jln kt rumah. Esok diaorg balik kedah semula.Lang, mama dgn abah dah pindah rumah tau. Dkt Sg Petani jugak la. Mama pun dpt mengajar dkt sekolah baru, SMK Tasik Apong. Lama jugak mama, abah dgn adik kt rumah. Puas jugak la bersembang. Tapi adik asyik tidur je. Cuba teka dia tidur kt mana? Erm..dia tidur kt kerusi y selalu Lang tidur. Bila mama ajak dia keluar, dia buat tak dengar je. Then buat buat tidur balik. Bila abah dah start kereta pun, dia still tak bergerak. That time, rumah sunyi sgt. Dgr bunyi hujan ja. Mama dgn mak dah start menangis.Org perhati dr dpr je. Tak nak pegi dekat,sbb risau. Tapi bila tgk, mama da menangis kt bahu mak, org pun pergi lah kt depan. Org pergi kt adik. Adik buat buat tidur, tp org tau dia tengah menangis jugak. Org pegang bahu dia, bila adik pandang org, dia terus peluk org. Org taw dia tgh sedih.semua org sedih. Kuat sgt dia pelok org, Lang. Dia tak ckp apa apa pun. Lama dia peluk org. Then dia cakap, "adik bau Alang". haih!! that time, semua org nangis. Mama dah tak boleh buat apa apa dah. Abah yang tolong tenangkan mama.
Lang, org taw, adik rindukan Lang. Act, semua org rindukan Lang. Org pown rindu Lang sgt sgt. Tuhan je tau Lang. Bila adik dah tak peluk org, adik nak sambung tidur balik. Tp abah cepat cepat angkat adik, masuk dalam kereta. Erm,org tau adik rindukan Lang, org masuk dlm bilik, then org ambik tshirt biru Lang, org bg kt adik. Maybe tu boleh buat dia lepas rindu kt Lang,kan? =) tak apalah,org still simpan topi Lang.hee~
Erm,mama ada bg org 1 beg kertas td. Mama suruh simpan.
Org pun ambik jelah, org tak tanya apa apa pun. Lps mama balik td, br org bukak beg tu. Ada kotak & dalam kotak tu ada hp Lang. Org tau, Lang syg sgt hp tu kan, tp skrg dah jadi hak milik org dah. Erm, tp dah calar sikit la hp tu, sbb jatuh skali ngan Lang dulu. Nasib baik kwn Lang sempat ambik hp tu. Err,org baca semua benda dlm hp tu. Org baca message. =.= last message kt inbox Lang, message dr org. Lang tak sempat reply pun message org tu kan. *tak pa,org tak dendam dgn Lang pun. Kami kt sini semua syg Lang,tp Allah swt lebih sygkn Lang kan, sbb tu Dia jemput Lang cepat. Lang, kwn2 kt sini semua rindu Lang. Selalu jugak org terdengar diaorg ckp sal Lang, tp bukan dpn org la. Nak tau cerita terbaru psl Daniel? Dia dah balik ke Malaysia dah skrg.InsyaAllah, awl thn, tahun dpn kitaorg pegi ziarah Lang ye. Sbb,kitaorg plan nk balik kg awl thn, tahun dpn.=)
erm Lang,tiap2 minggu,org akan dpt 1 message dr someone. Org pnh tanya dia siapa, tp dia tak reply. Dia selalu ckp yang

: "akmal syg kau"
: "akmal syg kau lebih dr kau syg dia"
: " sampaikan slm aku,if kau jumpa akmal mlm ni"

*tapi,org rs org taw siapa y hantar message tu. hee~

erm Lang, next time org sambung cerita ok? salam~
al-fatihah

Thursday, December 16, 2010

waah!! 10 Muharram!!

assalamualaikum..

tarikh hari ini 10 Muharram 1432 hijrah.
Alhamdulliah. Aku dibagi kesempatan utk terus hidup di atas muka bumi ini dgn keluarga, kawan kawan dan saudara umat Islam.memandangkan hari ini 10 Muharram, so aku nak share sikit info yang aku dpt ni dgn korang. Ye lah,nak jugak aku dpt pahala b'kongsi ilmu dgn korang. Bukan sekadar baca kosong je kan? =)
mood : suci
so,ni antara kelebihan kita b'puasa pd 10 Muharram.


  1. Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat , malam 10 Muharam , malam nisfu Syaaban , malam Aidilfitri dan malam Aidiladha . . (riwayat Bukhari dan muslim)
  2. Rasulullah s.a.w telah ditanya mengenai puasa pada hari asyura . Baginda menjawab: " Akan digantikan kejahatan-kejahatan pada tahun yang sebelumnya dengan kebaikan (dengan sebab puasanya itu) . (riwayat muslim)
  3. Apabila nabi s.a.w berhijrah ke Madinah , baginda melihat orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura . Rasulullah s.a.w bertanya: "berpuasa apakah kamu ini?" orang-orang yahudi itupun menjawab : "hari ini hari besar . pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya,maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah pada hari ini.maka kami pun berpuasa."
    nabi menjawab; "kamilah yang lebih berhak mengikut jejak langkah Nabi Musa daripada kamu." lalu rasulullah s.a.w berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya agar berpuasa pada hari itu.(riwayat muslim)
  4. Para sahabat telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai hal tersebut: "ya Rasulullah adakah Allah telah melebihkan hari asyura daripada hari-hari lain?"jawab baginda: "memang benar hari asyura (10 muharam) Allah telah menjadikan langit dan bumi,bukit bukau,laut,syurga dan neraka ,Nabi Adam dan Hawa,Nabi Adam masuk ke syurga,Nabi Ibrahim dilahirkan,Nabi Ibrahim terselamat dari kepanasan api,peristiwa firaun telah ditenggelamkan oleh Allah s.w.t,allah telah menyembuhkan penyakit Nabi Ayub,taubat Nabi Adam dan Nabi Daud diterima oleh Allah a.w.t,allah telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman dan terjadinya Kiamat pada hari jumaat 10 Muharam.berpuasa pada hari asyura sebaiknya didahului dengan berpuasa pada hari tasu'a (hari kesembilan dari bulan muharam) agar tidak menyerupai dengan amalan orang yahudi yang hanya berpuasa pada hari asyura sahaja.sabda Rasulullha s.a.w :berpuasalah kamu pada hari kesembilan dan kesepuluh (Muharam) ,dan jangan meniru cara-cara yahudi ." (riwayat al-Baihaqi)
  5. Satu amalan sunat yang dilakukan pada hari asyura ialah menggembirakan keluarga atau saudara mara terdekat,misalnya kita menyediakan makanan dan minuman yang lebih sedap daripada biasanya.sabda Rasulullah s.a.w : "sesiapa yang melapangkan (menggembirakan) keluarganya pada hari asyura,maka Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun itu." (riwayat at-tabrani dan al-Baihaqi)


* bagi sesiapa yang lupa /tak b'puasa hari semalam (9 Muharram) korang boleh tambah lg 1 hari puasa (11 Muharram) ni utk membezakan umat Islam dgn yahudi.

Subahanallah~ byk sgt ganjaran yang kita dpt dr puasa Asyura ni. =) moga kita semua peroleh pahala yang melimpah, dr amalan kita. InsyaAllah. =)

Monday, September 6, 2010

reunion,6aman/03

-kami-


salam!! hah-hah-hah.. *sungguh semangat aku nak buat entry kali ni..aku baru je balik dari berbuka puasa dengan kawan-kawan aku time sekolah rendah..hampir 6 tahun tak dapat jumpa ramai-ramai..tapi ffwwwah!! sangat best!! *bukan aku sorang je yang rasa kan? =p
erm..tadi kitaorang 11 orang da berkumpul di kfc,pekan.berbuka puasa sama-sama.. =)
ok,kita start dengan..

kimi,,okeh..student uia..
6 tahun oh tak jumpa.time darjah 6 beliau da pindah ke kelantan.n baru tadi dapat jumpa balik. =)



syaraff,,
bakal chegu neh..skrg study kt maktab cheras..
*nak belajar bahasa isyarat..boleh jumpa beliau.. =)


syakieb,,
bakal pilot...wah!! *erk,aku tak ingat kau belajar kat mana weis.. =p


faez ikmal,,hah!! beliau neh..kalau dalam fb bukan main ligat mengata orang.tapi bila jumpa tadi..menikus. =p beliau study di uia.
*da macam pelakon sinetron da aku tengok ko ni paez.. =p


firdaus aka epi
erm...belajar di consist.hebat2!! =)
*kalau tengah ada masalah,boleh la call beliau.. =)
tapi!! kalau tengah serabut,better jangan call.. =p


anep
ya!! rakanku.. =p
study sama tempat dengan aku,cuma course je tak sama.. =)
*pape hal inform weh.. =)


dayat..
hah!! beliau neh..pengebom berani mati. =p
sekarang belajar di ikm.
*aku suka kau entam lin weh.. =p


*bertudung merah
nadia shaqilla aka sha-sha
bakal chegu jugak..alhamdulillah...
*makcik2 yang tengah mencari menantu...boleh lah hubungi beliau,sopan santun budaknya.. =)



adzhana..zack!!
ha!! beliau ni..bakal sambung study d czech republic.. =)
doctor..senang la kami-kami nanti...
*ok,aku memang perosak bahasa..


fadzlin aka lin
hee!! student um..bakal engineer.. =)
*hidop lin!! =p

lepas berbuka di kfc,kitaorang berhenti solat di surau,then sambung berborak balik di kedai wisma farukh. (betul ke ejaan tu?).banyak kenangan-kenangan lama kitaorang cerita balik..haiyoo!! lawak!! masing-masing ada point nak membantai satu sama lain..aku taw,walaupun korang (terutamanya saudara-saudara lelaki) tak cakap yang korang rindu time kita sekolah rendah dulu..tapi aku sangat sure yang sebenarnya korang rindu kan? *ngaku je la..aku tak suruh belanja minum pown,kalau tekaan aku betul.. =)
insyaAllah,nanti kalau ada kesempatan..kita jumpa lagi. N harap time tu lagi ramai yang boleh join kita,,kita tengok apa akan jadi time kita jumpa nanti.. =)

Friday, August 27, 2010

fb punya hal

oke..cukup!! (melayu) enough!! (english) geneoeg!! (africa) assez!! (french) sapat!! (filipino) dost!! (czech) 十分な !! (jepun) lagi?? nak aku guna bahasa apa lagi baru nak paham bahasa ni? huh..sungguh diri ini terguris bila ada sesetengah pihak yang mempergunakan kekurangan diriku semata-mata untuk hiburan diri mereka.owhh!! *buruk betul,bila aku berdialog sebegini .. =p hari ni sekali lagi aku terkena dengan kawan aku..*sila ambil perhatian,aku guna perkataan 'sekali lagi' ,ini bermaksud perkara berulang..adush!! sadis sungguh.aku rasa kalau 1 hari keluar paper,front page.

head line : mati terkejut gara-gara facebook

tak payahlah korang nak terkejut dengan berita tu.sungguh!!.kalau keadaan sekarang ni,semua benda boleh berlaku dengan facebook.*korang rasa,patut tak kalau sekarang ni aku marah kawan-kawan aku?.ye!! kalau jawapan korang 'patut' sekalipun,aku takkan buat macamtu punya..kawan-kawan kan,,mana boleh gadoh-gadoh,, ^^

kawan : "weh,tolong tengok video ni kejap.ok x? aku nk bg pada nenek aku.untuk birthday dia."
aku : "fwaah,b'untung ah nenek ko,dapat ko jadi cucu.ha..kejap-kejap.babe,aku kena offline ni.nanti pape hal,aku text ko"
*sambil aku click link yang dia bagi time sembang dekat chatbox tadi.
monolog :"erm,,ok jugak..lagu soft je.kena sangatlah."

tiba-tiba,wraaaaagggghhhhhhh!! uh...sabar je la yang aku boleh buat.cis sungguh kau.aku pown..capai hp,then text member aku tu.

aku : "kau ni layak dah makan kasut fareq taw x?"
*untuk pengetahuan,fareq pakai kasut saiz 10.
kawan : "ahah,relax kawan,bergurau."

monolog: "wak lu,,bergurau!!" sambil aku mengutip balik buku yang aku tercampak tadi.
hari ni,macam-macam boleh kita dapat dari facebook (fb) *macam-macam maksud aku,bukanlah baju,kasut mahupun handphone..tapi ilmu.tak kiralah ilmu baik mahupun tak baik.semua dah cukup lengkap dalam fb.cakap je nak tengok video pasal apa,semua boleh cari dalam fb.dah layak jadi adik youtube dah gayanya aku tengok.aku setuju dengan yang mana cakap,video-video tu semua bagi banyak info.aku setuju sangat-sangat.yelah,berita yang pelik-pelik kita boleh share sama-sama.kadang-kadang video yang dipublish tu,video lama,tapi tak kesahlah..janji dapat berkongsi dengan kawan-kawan yang lain.tapi,yang aku macam kureng nak berkenan sikit ni..bab video yang nak mendajal orang.tang tajuk lain,tang video lain.yang selalu jadi mangsa,golongan yang macam aku ni lah.hati suci murni,tak sedar dah kena tipu.haiyoo..*aku tak da perasan lagi an dalam entry kali ni? =p
sekarang ni,kalau kita tengok,bukan golongan umur 40an dan kebawah je yang guna fb ni.aku perasan ada yang golongan usia 50-60 tahun pown ada guna fb ni.*untuk cari kawan-kawan lama katanya.nasib lah encik ayah tak aktif sangat ber'fb ni..ada account fb pown sebab sekolah.bila encik ayah nak check account,aku yang tukang checknya..bagus-bagus.ini maknanya puan emak selamat.telah aku awasi account fb ayah..=p
hah,korang tak terfikir ke?selalunya yang ada hati suci murni macam aku ni,semua yang umur 50-60 tahun?so,peratus golongan-golongan ni nak kena tipu sangatlah tinggi.kalau macam aku ni,tak apalah..sihat lagi.kalau terkejut sikit-sikit tu,aku still mampu nak memaki orang lagi..tapi macam mana dengan golongan-golongan umur 50-60 tahun?buatnya beliau-beliau ni ada penyakit yang kronik,masak la weis...korang nak ke jadi punca kematian?tanggung dosa wo...aku ni,ingatkan je..nak bergurau,memang boleh tak salah pun.kadang-kadang dengan b'gurau ni kita boleh eratkan silaturrahim sesama kita..tapi,janagn lupa jugak...kalau b'gurau tak bertempat pown..mampu buat silaturrahim sesama insan renggang..silap hari bulan,hidup berat sebab kena maki je..dah,bayangkan lah..
kalau sorang tengok = 1 kali maki..
kalau 2 orang tengok = 2 kali maki..
aku tak rasa video yang dipublish tu,sorang atau 2 orang je yang tengok..mesti ramai punya kan? so,korang fikir-fikir sendiri lah yerk.. ^^

=)