CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

kawan-kawan-kawan

Wednesday, August 24, 2011

surat untuk bakal mak mertua



Assalamualaikum Ma, *aiseh,sy panggil Ma boleh? ^^
diharap Ma sihat disamping keluarga & future husband (FH) sy.
FH sy tgh buat apa Ma? dia dah solat? mengaji? *alhamdulillah
**apa??tengok bola??* kbye.
terima kasih Ma, sebab tolong jaga FH sy dr kecil sampai la besar.
dr tak pandai membaca, sampai pandai mebaca.
dr tak reti mengorat, sampai la pandai mengorat [saya].
terima kasih sangat-sangat Ma. Jasa Ma sangat sy hargai.

pertama sekali, sy nak mintak maaf dgn Ma.
emak dgn ayah sy memang dr kecik ajar sy untuk jd penjujur. *ok Ma,sy memang perosak bahasa.sy nak mintak maaf sebab..

1. sy tak pandai make up.
sy sangat risau kalau Ma malu nak mengaku dgn kawan-kawan Ma y sy ni menantu Ma.
sesungguhnya Ma kena faham. bila sy make up, sy rasa macam pinggan luminarc lekat kat muka sy. jadi, daripada sy rasa mcm tu, baik la sy tak payah make up. setakat sikit-sikit tu ok la, Ma kan? *sy taw, Ma bukan jenis yang pandang luaran semata-mata. *sori Ma,sy punya ayat memang pesen mintak kaki kadang-kadang.kehkehkeh

2. mungkin takkan guna 'Pa-Ma', 'B-Hun', 'Abg-Syg'
sesungguhnya sy amat geli. mungkin kami akan guna ' Wa-Lu' time communicate. harap Ma tak berkecik hati kalau terdengar. =.=' itu bukan bermaksud sy tak hotmat FH sy. *ini akan berlaku, diatas persetujuan FH juga. kalau FH tak setuju, mungkin kami akan communicate menggunakan 'kekanda-adinda'. br remaja!

3. sekali sekala FH akan call Ma, utk tanya resepi masakan.
harap sangat Ma tak kesah. Ma jangan salah faham, FH call Ma bertanyakan resepi,bukan sebab apa, sebab kami/FH saja nak test Ma. kami/FH nak tengok, Ma still ingat or tak resepi masakan.tak pernah lansung terniat dalam pikiran sy nak buli FH untuk memasak.*sekali sekala tu mungkin la. *baru style kan Ma. eh,sy cakap mungkin je...sy tak cakap pasti.

4. sy mungkin tak teman anak Ma,tengok bola.
maaf la Ma. sy suka tengok bola. tapi sy suka tgk bola kalau player tu sy kenal. maknanya apa? maknanya sy cuma suka tgk Player Malaysia je la main. sebab ada diantara diaorang tu jiran sy,kawan kampung sy, dan mungkin ahli keluarga sy. kalau nak tunggu player MU jd jiran,kwn kampung, ahli keluarga, memang harapan je la. lagi pown Ma, sy nak bg peluang pd FH untuk memancing. iye la, mana la taw kowt-kowt sambil tengok bola kat mamak FH boleh memancing. *harap-harap FH bukan kaki pancing la..kn? **nak bagtaw Ma jgk,y sy ni konon-konon tak minat tgk bola SANGAT.almaklom,pesen gadis ayu..mana suka sorak-sorak nampak halkum.eh? =p

5. kalau Ma kenal sy dgn nama Pajie..
sy harap sangat Ma boleh panggil sy fadzilah or ila. sy tak nak org terdekat,org yang sy sayang panggil sy Pajie.rasa gangster la pulak. kehkehkeh! *kawan-kawan lain cerita. **tapi kalau Ma nak panggil sy, Park Ji (player MU) sy tak kesah la..dah kalau Ma nak panggil mcm tu, sy tak boleh buat apa la. kehkehkeh

**sampai disini dulu la surat dr bakal menantu Ma ini. nanti ada rezeki, kita jumpa ye Ma. =)

bakal menantu Ma,
fadzilah azizan

Tuesday, August 23, 2011

nothing?

" if nothing lasts forever, would you be my nothing? "



Thursday, August 18, 2011

kalau malu mengaku sesat jalan tak?


I can't hide the way I'm feeling inside. The pain is killing me cause I want to let the world know it's you I'm loving.

Thursday, August 11, 2011

ok,cerita FB lagi.

jika ada diantara kalian yang berfikir bahawasanya wall FB aku tu, merupakan wall iklan. kalian salah sama sekali! aku tak create account FB untuk berniaga, aku jugak tak create account FB utk join MLM. haaaaih! kalau nak berkongsi cerita ke, lagu ke video ke,saungguh! aku tak ada hal.tapi jangan la tag aku dengan benda-benda mengarut. kalau bab MLM, takat tag aku dengan slip account bank, sungguh aku tak heran.kalau nak tengok aku bertindak, apa salahnya kau bank in kan aku separuh duit yang kau dapat tu. ha! that time, aku takkan maki kau da if nak tag aku dgn slip account bank kau. kehkehkehkeh! korang jgn risau la, kalau aku nak join korang, aku sendiri akan cari korang.okies? tak payah dah la nak tag-tag aku bagai. =) & 1 lagi, sungguh aku cakap, aku tak pernah terniat nak create account FB untuk cari jodoh. kehkehkeh. so, simpan je la angan-angan korang yang mana pakat nak kenalkan aku dgn kawan masing-masing tu. wooooo! aku memang tak berminat lansung. *aku boleh cari sendiri.apa igt aku tak laku sangat ke? kehkehkeh.


ok, next story.
oiii! nak berebut boyfriend berebut luar la! berebut dalam FB. haih! apa dapat? suka sangat public taw cerita korang ke? apa lah salahnya, jumpa depan-depan. then bincang elok-elok. yang nak main sindir menyindir dekat FB,bukan untung apa pown. ni tak, kalau terserempak, bukan nak berbincang, main jeling-jeling je. heh! kenapa, tak berani ke apa? ayooo! tak payah la nak bagitaw semua org yang kau berdua tengah dlm crisis. cuba tgk pada insan yang kauorg dok berebut sgt tu, dia relax je. siap boleh keluar lepak dgn kawan-kawan,main futsal, hisap rokok. kauorg? serabut-serabut kepala, study entah kemana.tak untung lansung ok. mesti beliau dah rasa yang beliau tu hot stuff. ohh! *kalah k-pop. eh? =p tak payah la berebut-berebut boyfriend ni. *malu. ramai lagi lelaki lain kat luar tu. tunggu je la, jodoh korang sampai. tak payah la nak merendahkan maruah depan public. aku yang naik segan. okies? =)




ok, aku berfikir jugak selama ni...
mana yang lagi teruk, antara menggunakan ejaan 'geli-geli' dgn mencarut. boleh tlg
bg aku jawapan? *ok,jom aku create 1 situation untuk korang faham maksud aku.

ain : kitew nark mamam mcd larh ariew niew. shape nark teman kitew? *(ejaan geli-geli)
aina : *&^*&^7 kau! guna ayat mcm ^&%$)(*)#$@#@.kau pergi sekolah ke tak ha
%^$^$%#@##@? *(mencarut)

ok,boleh bgtaw aku, sapa yang tak pergi sekolah sekarang ni? kehkehkeh! sori la, aku bukan niat nak membahan sesiapa sekarang ni. tapi, next time,tolong tgk diri sendiri dulu,baru la teruskan niat kau nak maki org tgh public. aku mengaku, aku geli kalau baca status,comment yang guna ejaan 'geli-geli' ni. tapi, kata pergi sekolah, tegur la elok-elok.ni nak maki-maki, haaaaih! kau pown serupa je la, tak pergi sekolah aku rasa. niceeeeee ah? =)



ok,memandangkan sekarang bulan puasa, aku tengok ramai gadis-gadis terutamanya yang dah tukar DP diaorg. waaaaah! dah pakai tudung, tutup aurat! haaaa, kan chantek macam tu. =) kalau boleh, jangan la sebab hormat bulan Ramadhan je buat macam tu, teruskan la sampai bila-bila. sungguh, bila aku cakap kau chantek, maksudnya kau memang chantek. set-set lelaki pown boleh tahan. banyak aku tgk DP masing-masing sekarang pakai baju melayu.kehkehkeh. aku confuse jgk kadang-kadang, diaorg ni kawan-kawan aku ke penyimpan mohor besar? kehkehkeh! *tara
k hal la tu, tapi,slow-slow berubah. aku dgr cerita ada yang ckp, nak berub
ah kena ikhlas,tak boleh kena paksa.bila buat kerja tak ikhlas, pahala tak dapat,dosa yang dapat. =)
*tak tutup aurat tu dapat pahala ke? *ok-ok, aku da try elak tak nak mengeluarkan ayat sarkastik aku,tapi terlepas pulak tang hujung-hujung ni.kehkehkeh!


sooo! selamat menunaikan ibadah puasa dengan baik dan sempurna. kita sama-sama berkongsi hidup di bumi Allah swt, so tak salah kalau kita sama-sama berkongsi cerita & ilmu. =)
Salam Ramadhan.

Thursday, May 5, 2011

cerita surau.

Assalamualaikum….
Kau sihat? Aku kat sini sihat, Alhamdulillah. Keluarga aku sihat. Keluarga kau pun sihat,macam biasa. Ehem, ada orang tu dapat anak buah baru. Heheh. Kak Long kau dah bersalin tau semalam. Mak kau yang bagitahu aku. Bertambah besar lah keluarga kau kan..Erm ha, aku lupa nak bagitahu kau, Shahrul masuk hospital minggu lepas. Terpijak paku masa balik dari surau. Kau tahu jelah kan, jalan belakang surau tu bukan bersih sangat, gelap pun gelap. Tapi lepas kes tu, orang-orang kampung dah bersihkan dah kawasan surau tu.
Kau ingat lagi zaman kita kecil-kecil dulu? Hari-hari kita main di padang surau tu kan. Lepas je habis kelas mengaji Al-Quran, berlari kita ramai-ramai atas padang tu. Main tuju kasut. Haha,aku lah yang paling tak hebat sekali.Tapi, aku lah yang selalu mati akhir sekali. Tu semua sebab orang kesian nak matikan aku. Kau ingat tak kes kita tersilap curi selipar jepun Ustaz Ramli? .nak main punya pasal kan, bedal jelah selipar siapa pon yang ada kat surau tu.Nasib baik tak kena pelangkung dengan ustaz. Kita selalu jugak main lompat katak dalam surau kan..bangang sungguh kita masa tu. Masa tu karpet surau petak-petak warna hijau dengan kuning kan? Sekarang dah tukar dah, warna biru dengan kuning. Semangat jugak aku nak main lompat katak atas karpet baru, tapi kau tak ada, jadi aku simpan jelah angan- angan tu. 
Kita selalu jugak mengintai Ayu kan dulu. Eh, bukan kita,kau je. Pantang nampak Ayu masuk tandas, nak ambil wudhu, berlari kau intai dia.kan? Bukan main kau puji rambut dia hitam,lurus,panjang. Padahal sama je dengan rambut aku. Tapi kau tak pernah pulak puji rambut aku. Orang dah suka kan,semua puji.  Surau dah banyak berubah dah sekarang. Makin besar, makin cantik. Yelah dah berapa tahun dah kan. Last aku pergi surau pon dua tahun yang lepas. Erm, kau pulak, dah masuk empat tahun kan. Banyak nostalgia kita dekat surau. Dari kecil, sampailah ke hari kau tinggalkan aku. Lepas kau kemalangan dulu, aku dah jarang dapat peluang pergi surau. Kadang-kadang kalau aku balik kampung je aku pergi.
Eh ha, dua hari lagi aku nak balik kampung. Ayu nak bertunang Sabtu ni, dengan Zairul. Aku jd wakil kau ok? Erm, kau ok kan? Kau doakan je lah kebahagiaan diaorang ok? Aku tahu kau sayang sangat dengan Ayu.Tapi, dah tak ada jodoh kan. Ayu selalu jugak jenguk kau, kadang-kadang dia pergi seorang, kadang-kadang Zairul teman dia. Aku je yang jarang jenguk kau, tak apa, aku balik kampung kali ni, aku jenguk kau ok? Owh ha,aku dengar cerita, malam majlis pertunangan tu nanti, Ayu nak buat tahlil untuk kau, di surau. Dapat lah nanti berkumpul di surau, macam dulu-dulu. Erm,ok lah, aku berhenti kat sini dulu lah ya, aku dah nak tidur sebenarnya ni. InsyaAllah, nanti aku ziarah kau ok.
Salam
Al Fatihah
Kawan kau,
Fadzilah Azizan
**merupakan entry umtuk zine 1 malam

Friday, April 29, 2011

aku bukan pembunuh! =.='


ok.dari siang tadi aku mencari info untuk update blog ni, tapi tak dapat-dapat. & now, baru la aku dapat idea utk update blog ni. at last!! heh...ini pown kebetulan jadi incident ni. ok, aku tengah on9..sambil tgk tv. tiba-tiba aku nampak seeokor lipas dah merayap atas lantai rumah aku ni.OK AKU TAK KAN KACAU DIA,IF DIA TAK KACAU AKU. aku ni bukan lah yang jenis takut ke geli ke hapa dgn serangga-serangga ni. tapi bukan la maksud aku akan biar je lipas tu merayap atas aku kan? so,sebelum lipas tu merayap atas badan aku, better la aku settlekan dia. haha! mula-mula tadi,aku buat tak nampak je akan kewujudan
lipas tu, tapi dia dengan bangga nak main dekat aku pulak..heh! aku pown tolak la lipas tu guna remote control kipas..tak de niat nak cederakan dia pown. sumpah! lps tu,aku tengok,lipas tu terpelanting jaoh sikit dari aku.ok,TAK MATI. erm,,tapi time tu aku nampak badan dia tengah terbalik. & agak lama dia berkeadaan macam tu.*sampai sekarang. err,lipas memang tak boleh betulkan keadaan dia semula ke if badan die terbalik? ermm...so,aku pown menggogle la, nak cari info pasal lipas punya pasal..tp aku tak jumpa jawapan untuk persoalan aku tu, cuma aku dapat la sikit fakta mengenai lipas...



  1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila..erk?
  2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow.hebat!
  3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus. ok,mustahil dia mati setakat kena tempeleng dgn remote control kipas td.
  4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup.try pos ke jepun.
  5. Lipas mempunyai darah berwarna putih. gang mahsuri?
  6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya. ooowh ek?
  7. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram..ok.ni aku br taw.
  8. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia. sedap ke?
  9. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina. makk aih!
  10. Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya.errr,,ok.
  11. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.aku boleh tangkap lipas tu,sekarang. ^^
  12. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani.macammana ek?
  13. Lipas ada gigi di dalam perutnya. motif??
  14. Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu.oooooh!
  15. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat.aku mampu kelip mata 1x je dlm 1 saat. =.='
  16. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula. yg patah tumbuh, y hilang b'ganti.
  17. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung. aku belajar science time skola rendah dulu.
  18. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho . woooooh!
  19. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam. owwwwoh!
  20. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa haha. macam aku!! hahah!
so ini la sedikit sebanyak fakta mengenai lipas.jgn la bunuh serangga, if tak memudaratkan. sama kita kongsi hidup kat bumi Allah swt. =)

*info fakta dari cisdel.com

Friday, February 18, 2011

sudah2lah merungutnya.


assalamualaikum...............................
wah,lama sungguh aku tak mengHupdate blog neh.almaklomlah busy sikit [banyak] dengan study. aku rasa amat bangga if aku dapat call some1,then borak2. hahah! mmg tak sempatlah kan..yang aku sempat,call lecturer, tanya kelas cancel or tak.. & call budak kelas aku, tanya kelas kat mana. hahah! teramatlah letih. tak perlulah aku explain lebih2 rasanya,sbb macam tak penting je.



hahah! ok,hari ini aku nak story pasal 'merungut'! fahamlah maksud aku kat sini. M.E.R.U.N.G.U.T. bukan lah meragut mahupun sesungut. aku tak nafikan manusia sangatlah suka merungut. hal kecik pown nak merungut. macam lah diri tu putera/ri raja,segala benda nak kena perfect.sikit agaklah kalau ye pown. owh! bukanlah aku nak cakap yang aku tak pernah merungut,kau gila? hahaha..aku pown pernah merungut. tp,berpada-padalah. kau,kalau setakat jalan selang 5-6 buah kereta kau nak bising,mmg layak guna wheelchair lah. tak cukup tidur sbb keluar lepak sampai pagi buta,kau nak buat muka tension. kau mmg mintak penampar. pergi shopping complex, kau merungut kena beratur panjang time nak membayar, nnt suruh family kau bukak shopping complex sendiri.merungut makanan tak sedap,dah kau bayar duit tak sampai rm10, demand nak mkn mcm di 5 star hotel knp? merungut assignment banyak. sekarang ni,kau student ke pekerja cafe? merungut kereta banyak,jam. dah tu,naik lah kapal terbang.kena duduk bawah panas sikit dah bising, laa,kalau tak nak duduk bawah matahari pergi lah kerja di KFC,McD dan sebagainya. kena kerja overtime sekali dua,kau dah bising.adatlah kalau kerja bawah org.kerja jaga beruang pown kadang2 kena overtime.line internet macam siput,kau nak merungut. dah tu,tiup la laju2,biar connection pown laju jugak.
aiseh...tak faham sungguh aku kadang-kadang tu. Kita ni,merungut pada perkara yang tak patut merungut. cuba la dalam sehari tu, kita terima je apa yang jadi.tanpa merugut. orang sekeliling kita pown tak kan tension dengan kita. ingatlah,kita ni bukan sentiasa senang, kalau benda kecik pown kita dah nak merungut, nanti kalau dapat ujian yang lagi 'dasyat gile le' ha,kan dah susah. pernah fikir pasal org susah? dieorg kalau ada kat tempat kita,bersyukur sangat dah. kita je yang kurang nak rasa bersyukur ni. cubalah kita sama-sama bayangkan..

kita duduk dalam satu rumah batu yang kecik,adik beradik ramai.tak cukup bilik,so kena tidur di ruang tamu. kipas pulak tak cukup.rumah batu,bila malam,agak panas.time tu,kita nak merungut ke? kononnya panas,ruang untuk tidur sempit,tak ada katil..?? tu belum masuk bab keperluan.baju dah dekat setahun tak beli.duit belanja sehari rm1 je.[kadang2 tak dapat lansung].pergi sekolah/kolej/ jalan kaki,kawan2 lain naik kereta motor..handphone canggih2,kita cuma guna nokia 3310.

korang rasa,that time..kita sempat ke nak merungut? or...sampai ke hati kita nak merungut? aku tak rasa kita sanggup nak merungut kat mak ayah kita pasal perkara tu. kan? so..apalah salahnya kalau start dari hari ni,kita try berubah..slow2. tak payah lah nak merungut2 sangat ni. nak merungut depan2 orang ramai. tak naiknye taraf kau. tak adanya org nak respect kau anak raja ke apa. ok?
so,aku tegur,bukan untuk korang je..tp untuk kita. =)